Seksyen Pembangunan Wilayah Pengurusan
Senjata Api
Memantau dan memproses permohonan pembelian senapang patah dalam tempoh
satu [1] minggu dari tarikh surat diterima;
Memantau dan memproses permohonan pembelian peluru melebihi sepuluh
[10] butir dalam tempoh satu [1] minggu daripada tarikh surat diterima;
Memantau dan memproses permit membawa dan menggunakan senapang patah
dan peluru dalam tempoh satu [1] minggu daripada tarikh surat diterima;
dan
Mengemaskinikan rekod pendaftaran semula senapang patah dalam tempoh
tiga [3] hari daripada laporan diterima.
Hal Ehwal
Bumiputera
Memproses permohonan Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak dalam
tempoh satu [1] minggu daripada tarikh surat diterima; dan
Meneliti dan memproses Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
mengenai pencalonan Keahlian Majlis Adat Istiadat dalam tempoh satu [1]
minggu daripada tarikh surat diterima.
Seksyen
Imigresen & Buruh Permohonan Pas
Lawatan Penggajian, Sosial dan Ikhtisas
Keputusan permohonan untuk pas lawatan penggajian, sosial dan ikhtisas
yang diterima daripada Jabatan Imigresen akan dapat diselesaikan dalam
tempoh 5 hari sekiranya semua dokumen yang diterima lengkap
Permohonan
Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
Keputusan untuk permohonan menggaji pekerja bukan pemastautin yang
diterima daripada Jabatan Tenaga Rakyat akan dapat diselesaikan dalam
tempoh 2 minggu
Permohonan
Permit Penggambaran Filem
Proses untuk tapisan keselamatan bagi permohonan penggambaran filem
akan dikeluarkan kepada pihak polis dalam tempoh 3 hari
Setelah menerima maklum balas daripada Polis dan dokumen lain lengkap,
keputusan permohonan permit penggambaran filem akan dapat diselesaikan
dalam tempoh 5 hari
Seksyen Pengurusan Aset Kuarters
Lembaga Perumahan A, Kuching
Memproses permohonan kakitangan kerajaan untuk menduduki kuarters
kerajaan pada minggu ke empat (4) setiap bulan tertakluk adanya
kekosongan kuarters dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon dalam
tempoh 3 hari.
Penyewaan
Ruang Pejabat di Bangunan Swasta
Memproses permohonan untuk menyewa ruang pejabat di bangunan swasta
dalam tempoh 1 bulan tertakluk adanya dokumen-dokumen yang lengkap dan
keputusan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari.
Memproses permohonan lanjutan tempoh penyewaan ruang pejabat 4 bulan
sebelum tamat tempoh dan keputusan dimaklumkan kepada Jabatan Tanah dan
Survei 3 bulan sebelum tamat tempoh penyewaan.
Fasiliti
Kerajaan Negeri
Memperoses permohonan lot tempat letak kereta dalam tempoh masa 3 hari
dari tarikh penerimaan permohonan.
Memproses permohonan menggunakan lobi dan Bilik Gerakan Negeri di Wsima
Bapa Malaysia dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan.
Memproses permohonan menggunakan Padang Merdeka dalam tempoh masa 5
hari tertakluk adanya dokumen-dokumen yang lengkap.