|
Kepesatan perkembangan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi terhadap aspek kehidupan kita hari ini amat ketara sekali.
Cara kita
berfikir, melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta berurusan akan
terus
berubah dengan pesatnya selari dengan perkembangan ini.
Unit Pentadbiran,
Jabatan Ketua Menteri Sarawak sentiasa peka kepada perubahan-perubahan
yang
berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai salah sebuah jabatan yang
bertanggungjawab terhadap pentadbiran sektor awam negeri, kita sentiasa
berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara
yang
cepat dan menepati keperluan pelanggannya.
Adalah menjadi
hasrat dan harapan kita bersama untuk sentiasa berusaha mempertingkat
sistem
penyampaian kerajaan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
tinggi. Saya
menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, kita dapat menyumbang ke
arah
mewujudkan perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan yang diperlukan
di
dalam perkhidmatan awam selaras dengan kemajuan pesat teknologi
maklumat hari
ini.
Saya amat mengalu-alukan
pandangan yang membina untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang kami
berikan.
Selamat melayari laman
web rasmi Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
AUGUSTINE JOSE
DUNA
Pengarah
|