Malam Penghargaan ASCA

Kuching, 15 Ogos -  Satu Majlis Malam Penghargaan telah diadakan di Kelab Golf Sarawak bagi kakitangan-kakitangan di Bahagian Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat.



Dalam ucapannya di majlis berkenaan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I YBhg Datuk Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada Kerajaan Negeri kepada semua kakitangan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan beberapa majlis rasmi yang telah diadakan.

Beliau melahirkan rasa kagum melihat kerjasama padu dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh semua bagi menjayakan program-program yang telah disusun. Beliau juga percaya pengalaman daripada kejayaan penganjuran berkenaan akan dapat menjadi panduan untuk memastikan bahawa majlis yang serupa akan dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Pada malam tersebut juga, kakitangan ASCA telah menghadiahkan kek harijadi kepada Datuk TSUK dan diadakan majlis cabutan tiket bertuah.















Hak Cipta Terpelihara © Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri.
Khas untuk IE dengan 1024 x 768 pixels.